Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOO AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN KEWANGAN 2023 (31 DISEMBER 2023) - LEJAR AKRUAN

Rujukan Kami: ANM PG. 800-16 JLD 6 (33)
Tarikh : 07 Mac 2024

SEMUA PT J NEGERI PULAU PINANG

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOO AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN KEWANGAN 2023 (31 DISEMBER 2023) - LEJAR AKRUAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun Kewangan 2023 berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, kesemua PT J di Pulau Pinang hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:

          (a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun berikut mengikut panduan yang disertakan bersama surat ini;

 BIL  ITEM PENYATA KEWANGAN  KOD AKAUN LAMPIRAN RUJUKAN LAPORAN PORTAL UNIT UNTUK DIHUBUNGI
 1 IVENTORY - BAGI PTJ IVENTORI SAHAJA A06* & A07* C1 Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/Ekuiti di Portal IGFMAS    UNIT PENGURUSAN ASER   
 2 ASET BELUM BAYAR L013* G1
 3 PERBELANJAAN TERDAHULU ASET A053* D2
 4 AKAUN BELUM BAYAR GRN/FRN TRANSIT ASET L0191103 G3
 5 DEPOSIT BAYARAN A052* D1, D1(A) & D1(B) Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/Ekuiti di Portal IGFMAS    UNIT AKAUN  
 6 WANG PENDAHULUAN KONTRAKTOR A0591101 D3 & D3(A)
 7 DEPOSIT L11* N(A) & N(B)
 8 AKAUN BELUM TERIMA (ABT) ONGOING RECEIVABLES A048 B7 & B7(A) Laporan Invois Terperinci di Portal IGFMAS  UNIT PENGURUSAN DANA 
 9 TERIMAAN TAK DITUNAI A0311101 B3 Laporan Daftar Cek Tak Laku di Portal IGFMAS
10 PENDAPATAN TERDAHULU L027* L Laporan Aset/Liabiliti/Ekuiti atau Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/Ekuiti di Portal IGFMAS
11 HASIL BUKAN CUKAI BELUM TEIRMA A027* B2

          (b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam tiga (3) salinan asal (Tandatangan Hidup) kepada JANM Negeri Pulau Pinang selewat-lewatnya pada 15 Mac 2024 (Jumaat).

3.    Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ DIPERTANGGUNG dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai kanan di pejabat tuan/puan. Format Pengesahan Baki ini boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang https://penang.anm.gov.my/ di menu Muat Turun. Dilampirkan bersama panduan berikut untuk rujukan tuan/puan:

          3.1 Panduan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PT J Pembayar Bagi Tujuan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun Kewangan 2023 berdasarkan Lejar Akruan;

         3.2 Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan Pejabat Perakaunan

4.    Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun Kewangan 2023 berdasarkan Lejar Akruan adalah lengkap dan teratur.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya lnovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

(MAZIAH BINTI MUSA C.A.(M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

1) Surat Penghantaran Pengesahan Baki Koo Akaun Yang Berkaitan Untuk Tujuan Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Penutupan Akhir Tahun Kewangan 2023 (31 Disember 2023) - Lejar Akaun

2) Tatacara Jana Laporan Untuk DEPOSIT BAYARAN (A052*)

3) Tatacara Jana Laporan Untuk DEPOSIT (L11*)

4) Tatacara Jana Laporan Untuk WPK (A0591101)