Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

Wisma Central    Paramount    komtar

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang (JANMPP) telah ditubuhkan pada bulan September 1977. JANMPP bermula dari satu bangunan yang kecil di Wisma Central, Jalan Macalister, Pulau Pinang dan diketuai oleh Tuan C.Perumal. Jabatan ini kemudiannya berpindah ke Bangunan Paramount di alamat 48E Jalan Northam pada bulan 8 April 1982 dan seterusnya berpindah ke tingkat 42, KOMTAR pada 1 November 1985. Sejak ditubuhkan, peranan dan fungsi JANMPP telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia khususnya dan sektor awam amnya. JANMPP yang mempunyai seramai 90 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Pengarah Negeri (Akauntan Gred WA54). JANMPP terbahagi kepada tiga (3) seksyen utama iaitu Seksyen Pemantauan, Seksyen Operasi dan Seksyen Pengurusan. Jabatan ini juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada 191 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh Negeri Pulau Pinang. Seksyen Pemantauan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Akauntan Gred WA52) terdiri daripada Unit Wang Tak Dituntut (WTD), Unit Pengurusan Aset dan Unit Naziran. Seksyen Operasi diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Akauntan Gred WA48) dan terdiri daripada Unit Akaun, Unit Pengurusan Dana, Unit Gaji dan Unit Teknikal. Sementara Seksyen Pengurusan pula diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan (Akauntan Gred WA44) yang bertanggungjawab kepada Unit Pengurusan Prestasi (UPP), Unit Pentadbiran dan Kewangan dan Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan dan Latihan (UKPPL).

JANMPP telah diterajui oleh Pengarah-Pengarah Negeri berikut :-

Bil. Nama Tahun
1 Tuan C. Perumal 1977 – 1979
2 Tuan Ambotang A.Hamid 1979 – 1981
3 Puan Che Norehan Bt Yahaya 1981 – 1982
4 Puan Nazley Bt Nordin 1982 – 1983
5 Puan Lim Swee Kim 1983 – 1985
6 Tuan M.Indrasathy 1985 – 1990
7 Tuan Safiee bin Mohd Yusoff 1990 – 1997
8 Tuan Dzulkifli Bin Ahmad 1997 – 1998
9 Puan Saodah Bt Hassan 1998 – 2001
10 Puan Yeoh Siew Lin 2001 – 2001
11 Puan Hawariah Bt Hj. Idrid 2003 – 2005
12 Tuan Hj. Nazri B Harmine 2005 – 2012
13 Puan Nazhatun Bt Md. Rejab 2012 – 2014
14 Tuan Mc Kevin AK Toni 2014 – 2015
15 Puan Zaida Azian Bt Shafiei 2015 – 2016
16 Tuan Mohd Amran Bin Abd Ghani 2016 – 2018
17 Puan Anishah Binti Abd Wahid 2018 – 2019
18 Puan Nor Azlina Binti Junid 2019 – 2021
19 Tuan Saripudin bin Kanda 2021 - 2022
20 Puan Maziah Binti Musa 2022 - Kini