Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 GARIS PANDUAN PENGURUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) KE AKAUN TERIMAAN PEJABAT PERAKAUNAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.           Bersama ini disertakan surat rujukan ANM PG.800-4/1 JLD 8(42) bertarikh 9 November 2023 untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan seterusnya. Garis Panduan ini disediakan untuk memenuhi keperluan bagi terimaan secara EFT agar pelaksanaan di peringkat Pejabat Pemungut berjalan lancar. 

3.           Adalah dimaklumkan, Pejabat Pemungut perlu mengemukakan permohonan kepada jabatan ini melalui Borang Permohonan Kelulusan Terimaan secara Electronic Fund Transfer melalui Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan seperti di LAMPIRAN 2. Sehubungan dengan itu, Pejabat Pemungut perlu memperakaunkan Terimaan EFT dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh notifikasi transaksi terimaan EFT.

4.           Pengesahan mengenai MAKLUMAT TRANSAKSI TERIMAAN EFT oleh Pejabat Perakaunan boleh disemak secara harian seperti pada pautan berikut:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1zOVO_q4lNR_AFQ9WtCQ63m26WnndECO2IaDyg7fgVXE/edit?usp=sharing

               4.1      Tindakan Pejabat Pemungut adalah seperti berikut:

                  4.1.1    Pejabat Pemungut perlu menyemak dan mengesahkan maklumat transaksi terimaan secara harian.

                  4.1.2    Pejabat Pemungut perlu mengemaskini nombor penyata pemungut dan Tarikh di ruangan nombor penyata pemungut dan Tarikh di pautan di atas.

                  4.1.3    Pejabat Pemungut hendaklah membuat semakan terlebih dahulu,  untuk memastikan penyata pemungut tidak disediakan dua kali.                                                    

5.           Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai  berikut:

              5.1         Puan Norliana binti Shahrom, 04255 5570

              5.2         Puan Zahirah binti Abd Ghani, 04-255 5458

              5.3         Puan Norliza binti Othman, 04-255 5540

 

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND
TRANSFER (EFT) KE AKAUN TERIMAAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

SURAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN TERIMAAN SECARA ELEKTRONIC FUND

LAMPIRAN 2: BORANG KELULUSAN EFT PTJ JANM PULAU PINANG

TERIMAAN EFT DAN IBG JANM PULAU PINANG

 

 

Sekian, terima kasih.

Unit Dana

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pulau Pinang

1 November 2023