Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 BORANG PERMOHONAN CAPAIAN PENGGUNA PTJ DAN AO TERKINI

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, berikutan terdapat pengemaskinian baharu dan pindaan tajuk nama borang-Borang Permohonan Capaian Had Kuasa kerana telah mendapat kelulusan dari MOF.

Kemaskini yang telah dilaksanakan adalah seperti di bawah:
1) Pengemaskinian nombor rujukan elektronik Kew.290E-01 - Pin. 2/23
2) Ruangan Token di Bahagian II: Tujuan Permohonan Token telah dikeluarkan dan Permintaan Khas dipinda kepada Permohonan khas
4) Perakuan I, Perakuan II & Akuan Terima telah digabungkan
5) No.Kelulusan Perbendaharaan: MOF.BKSK.600-2/9/2 Jld 3(9) dikemaskini
6) Rujukan Jabatan Akauntan Negara dikemaskini kepada JANM001/AUTH02-Pin.1/23

Disertakan Borang Capaian Pengguna bagi rujukan LA-AO seperti kepilan e-mel ini. Borang Permohonan capaian dan had kuasa juga boleh dimuat turun melalui link berikut
https://www.anm.gov.my/info/muat-turun/borang-borang

Sekian, Terima Kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
10 Ogos 2023