Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2023

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2023

TAJUK 

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2023

RUJUKAN DOKUMEN

BPOPP/SPO (Emel)/2023 (198)

 

TARIKH KUATKUASA 

1 Jun 2023

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr/ Tuan/ Puan,

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2023

Dengan hormatnya merujuk kepada emel BPOPP pada 5 Julai 2023 berhubung dengan perkara di atas.

2.        Berdasarkan kepada pembentangan bajet 2023 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, terdapat perubahan dalam pengiraan kadar cukai pendapatan individu mulai tahun taksiran 2023 seperti jadual berikut:

54082d16-8044-42a8-bdef-ae9a3c287bba.png

3.       Sehubungan dengan itu, pengiraan kadar potongan cukai bulanan (PCB) penjawat awam juga akan berubah seiring dengan perubahan kadar cukai baharu seperti di atas. Penggunaan kadar cukai baharu ke atas pengiraan PCB adalah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023 selari dengan Akta Kewangan 2023 yang telah diwartakan pada 31 Mei 2023. 

Walaubagaimanapun, pelaksanaan kadar PCB baharu bagi penjawat awam persekutuan adalah mulai gaji Julai 2023. Ini adalah kerana perubahan ini dikeluarkan oleh pihak SAP selepas larian gaji Jun 2023.

Sekian, Terima kasih.

Seksyen Operasi

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang

5 Julai 2023