Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 GRED BAGI PERANAN DI HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
GRED BAGI PERANAN DI HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM)
 
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
 
Adalah dimaklumkan mulai, Februari 2023, peranan HCM yang tidak mematuhi jadual manual prosedur kerja iGFMAS akan dihapuskan dalam iGFMAS secara automatik melalui aktiviti clean-up peranan gaji selaras dengan cadangan gred yang diselaraskan bagi tujuan pengasingan tugas/ peranan di HCM. 
 
Aktiviti clean-up ini akan dilakukan secara bulanan.
 
Oleh itu, bagi Penolong Akauntan gred W29 Kup dibenarkan diberi peranan penyedia, dengan syarat perlu dinyatakan gred jawatan W29 KUP di dalam borang permohonan capaian.
 
Sekiranya peranan telah dihapuskan semasa aktiviti clean-up, pihak YBhg. Datuk /Dato' /Dr./ Tuan/Puan, dimohon untuk memohon peranan semula. 
 
Kerjasama dan perhatian segera YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan, mengenai perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian terima kasih.
 
 
Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
12 April 2023