Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENYELENGGARAAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN BAGI SUKUAN KEDUA (2) TAHUN 2022

LAPORAN PERBEZAAN BAKI ASET ALIH, ASET BIOLOGI DAN ASET TAK KETARA  , DAN  LAPORAN PERBEZAAN  BAKI ASET TAK ALIH SERTA  PENGESAHAN BAKI ASET BUKAN KEWANGAN SEPERTI PADA <DD><MM><YY> (Contoh: 30 JUN 2022)

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,   Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 (SPANM) berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan  adalah berkaitan.
2.         Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,  Berdasarkan ketetapan SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, penyelenggaraan laporan perakaunan aset bukan kewangan hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ), JANM Negeri/Cawangan dan Bahagian Akaun (BA) Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangabagi Suku Kedua Tahun Kewangan 2022 seperti pada 30 Jun 2022 ini perlu disediakan bagi memastikan maklumat aset di PTJ adalah tepat dan wujud secara fizikal supaya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan memberi gambaran benar dan saksama. Tanggungjawab dan akauntabiliti bagi memastikan ketepatan kedudukan aset adalah di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) pemilik aset berkenaan.
            
3.         Sehubungan dengan itu, semua PTJ diminta untuk menyediakan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangabagi Suku Kedua Tahun Kewangan 2022 menggunakan format TVA yang dilampirkan dan menghantar semua laporan (softcopy) tersebut kepada JANM Pulau Pinang secara emel ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) selewatnya pada 26 Julai 2022 (Selasa)Bagi mana mana PTJ yang tidak menghantar atau tiada maklumbalas selepas 26 Julai 2022, satu surat peringatan akan dikeluarkan dan disalinkan kepada pihak Bahagian Akaun Kementerian.Berikut merupakan Laporan yg perlu dihantar kepada JANM Pulau Pinang:
             i. Tva
             ii. Laporan  Aset Alih (AA)
             iii. Laporan Aset Tak Alih (ATA)
          
4.         Sebagai rujukan bersama, dilampirkan dokumen berkaitan seperti dibawah pada pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1QwHr4aqQaovMcdGIpw9f4EMFjFqsQ3j-?usp=sharing
            i. Jadual Penghantaran Laporan Verifikasi Sukuan 2 Tahun 2022 (PDF)
 
ii. Tatacara Penyediaan Pengesahan Baki dan Verifikasi Aset Bukan Kewangan PTJ (PDF)
 
iii. TVA_KEMENTERIAN_KodPTJ_Sukuan_x202x (excel)
 
vi.Laporan A  Aset Alih (AA)
 
v. Laporan A  Aset Tak Alih (ATA)
 
 
 5.       Sebarang permasalahan atau pertanyaan pihak PTJ boleh berhubung dengan Unit Pengurusan Aset JANM Pulau Pinang di talian 04-2555 517/524/580/531/550/553/527. Kerjasama dan keprihatinan daripada YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berkenaan perkara ini   amat dihargai.
 Sekian, terima kasih.
 
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital  Pemacu Prestasi Unggul”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD TAUFIQ BIN ISMAIL

Unit Pengurusan Aset
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

04-2555527
UNIT PENGURUSAN ASET
JANM PULAU PINANG
13 JULAI 2022