Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 KELULUSAN PENGECUALIAN SPANM : PEMBAYARAN GAJI PEKERJA BERGAJI HARI (TERMASUK MYSTEP) BAGI BULAN APRIL DIPROSES PADA BULAN PENGHUJUNG BULAN APRIL 2022

TAJUK 

KELULUSAN PENGECUALIAN SPANM : PEMBAYARAN GAJI PEKERJA BERGAJI HARI (TERMASUK MYSTEP) BAGI BULAN APRIL DIPROSES PADA BULAN PENGHUJUNG BULAN APRIL 2022

RUJUKAN DOKUMEN

Emel Bahagian Khidmat Perunding (BKP) bertarikh 6 April 2022

TARIKH KUATKUASA 

April 2022

 

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2022 ( 127)

Tarikh 6 April 2022 Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,


Tuan/ Puan,

KELULUSAN PENGECUALIAN SPANM : PEMBAYARAN GAJI PEKERJA BERGAJI HARI (TERMASUK MYSTEP) BAGI BULAN APRIL DIPROSES PADA BULAN PENGHUJUNG BULAN APRIL 2022

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Seperti yang Pejabat Perakaunan sedia maklum bahawa tarikh pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari adalah dalam tempoh 7 hari pada bulan bulan berikutnya. Walaubagaimanapun mengambilkira tarikh perayaan Aidilfitri dalam tempoh tersebut, dimaklumkan bahawa pengecualian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022 bagi Pembayaran Emolumen Bergaji Hari Bulan April 2022 telah diluluskan. Pembayaran emolumen pekerja bergaji hari bulan April 2022 (termasuk MySTEP) dibenarkan diproses bermula 26 April 2022 (Selasa). Pengecualian merangkumi emolumen pekerja bergaji hari yang diproses melalui sistem Emolumen Berkomputer – Modul Daily Rated dan juga Arahan Pembayaran (Baucar Berasingan).

3.      Bersama-sama ini dikemukakan memo Bahagian Khidmat Perunding bertarikh 5 April 2022 untuk rujukan Pejabat Perakaunan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.