Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 HEBAHAN : PENGESAHAN BAKI DAN VERIFIKASI ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2021

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,  

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat bertarikh ANM PG. 300-8/7 ( 68 ) PENGESAHAN BAKI DAN VERIFIKASI ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2021 yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2021 adalah berkaitan. 

2.         Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, pelaporan kedudukan aset perlu dipastikan betul bagi memastikan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan memberi gambaran benar dan saksama. Tanggungjawab dan akauntabiliti bagi memastikan kedudukan aset hendaklah dilaksanakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) pemilik aset berkenaan.

3.         Sehubungan itu, tindakan pengesahan baki dan verifikasi aset bukan kewangan bagi Sukuan Pertama Tahun Kewangan 2022 hendaklah dilaksanakan oleh pihak PTJ dan laporan berikut perlu dikemukakan kepada pihak JANM Pulau Pinang selewatnya pada 15 April 2022 (Jumaat) seperti berikut :

TINDAKAN

LAPORAN

TARIKH SERAHAN

PTJ Dipertanggung

i)     Laporan A1 - Laporan Pengesahan Baki dan Verifikasi Aset Bukan Kewangan

ii)    Laporan A2 - Senarai Aset Wujud Tetapi Tiada Di LBA

iii)   Laporan A3 - Senarai Aset Tidak Wujud Tetapi Ada Di LBA

iv)   Template Verifikasi Aset (TVA)

15 April 2022 
(Jumaat)

4.         Bersama-sama ini dikemukakan panduan dan templat kosong bagi tujuan tindakan verifikasi seperti berikut :

         i.        Lampiran 1 – Panduan Pengesahan Baki dan Verifikasi Aset Bukan Kewangan  (tugas PTJ – Para 2)

        ii.        Lampiran 1A – Tatacara Pengesahan Baki dan Verifikasi Aset Bukan Kewangan Kerajaan Persekutuan oleh PTJ

       iii.        Laporan A1 - Laporan Pengesahan Baki dan Verifikasi Aset Bukan Kewangan

       iv.        Laporan A2 - Senarai Aset Wujud Tetapi Tiada Di LBA

        v.        Laporan A3 - Senarai Aset Tidak Wujud Tetapi Ada Di LBA

       vi.        Template Verifikasi Aset (TVA)

 Panduan dan templat kosong boleh di akses di pautan berikut :

https://penang.anm.gov.my/index.php/akib-penang/pengumuman/2021/arkib-pengumuman-2021/10750-tindakan-pengesahan-baki-dan-verifkiasi-aset-bukan-kewangan-kerajaan-persekutuan-bagi-tahun-2021

5.    Sebarang permasalahan atau pertanyaan pihak PTJ boleh berhubung dengan Unit Pengurusan Aset JANM Pulau Pinang di talian 04-2555 580/531/550/527. Kerjasama dan keprihatinan daripada YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berkenaan perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 


UNIT PENGURUSAN ASET JANM PULAU PINANG
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

5 APRIL 2022