Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 TATACARA PENENTUAN KOS BAIK PULIH ASET

Makluman kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN BERKENAAN TATACARA PENENTUAN KOS BAIK PULIH ASET

2.  Berikutan JANM Pulau Pinang telah menerima banyak pertanyaan daripada PTJ berkenaan penggunaan OS yang bersesuaian bagi kerja menaiktaraf, dengan ini dimaklumkan dan dipanjangkan Tatacara Penentuan Kos Baik Pulih dan Borang Senarai Semak Penentuan Kos Baik Pulih untuk rujukan lanjut pihak tuan/puan.

3.  Untuk makluman pihak tuan/puan, Polisi Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan menetapkan kos baik pulih aset terdiri daripada kos pengubahsuaian, pembaikan, penggantian dan naik taraf aset. Kos ini boleh diiktiraf sebagai dipermodalkan atau belanja bergantung sama ada memenuhi kriteria atau tidak. Kos pengubahsuaian, pembaikan, penggantian atau pembaikan tersebut perlu diiktiraf sebagai aset apabila ia memenuhi salah satu kriteria berikut:

  1. Meningkatkan kecekapan aset daripada fungsi asal aset semasa pembelian aset dilakukan.
  2. Meningkatkan kapasiti pengeluaran/penggunaan aset daripada kapasiti asal aset semasa pembelian dilakukan.
  3. Meningkatkan usia guna aset selepas belanja pengubahsuaian berlaku.

4.  Sekiranya kos baik pulih tersebut dipermodalkan, ianya perlu dipertanggung di bawah 0A30000, dan jika dibelanjakan ia perlu dipertanggungkan di bawah OA20000. Bersama ini, dilampirkan Lampiran A - Tatacara Penentuan Kos Baik Pulih dan Lampiran B - Borang Senarai Semak Penentuan Kos Baik Pulih untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan/puan.

5.  Borang Senarai Semak ini boleh dijadikan garis panduan bagi penggunaan kod akaun yang bersesuaian dan dilengkapkan oleh pegawai dari bahagian teknikal. Sebarang permasalahan/pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit Aset JANM Pulau Pinang di talian, 04-2555530/531/524/550.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Aset
JANM PP