Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 MAKLUMAN : Perkhidmatan Kaunter JANM Aras 42, KOMTAR

Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKPB ini perkhidmatan kaunter urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di JANM Pulau Pinang adalah seperti berikut:

 

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja

 

i. Terhad kepada urusan berkaitan pertanyaan proses dan status permohonan sahaja;

ii. Bagi urusan-urusan WTD yang lain seperti penghantaran dokumen, pelanggan hendaklah menggunakan perkhidmatan drop box yang disediakan di Tingkat 3 atau dihantar secara pos;

iii. Bagi perkhidmatan carian WTD hendaklah dibuat secara atas talian ( https://egumis.anm.gov.my/ )

iv. Pelanggan yang mempunyai sebarang gejala tidak sihat seperti batuk, sakit tekak, demam dan sebagainya adalah dilarang untuk hadir berurusan di kaunter JANM Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.