Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN TAHUN 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,


KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa BPOPP sedang mengumpul maklum balas bagi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan daripada JANM Negeri dan Cawangan melalui Kajian Keberkesanan Perkhidmatan Tahun 2019 melalui link seperti berikut:   

Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2019:  https://forms.gle/HQXe8wbEqhtK8KRL6

Tuan/ Puan hendaklah menjemput pelanggan masing-masing (PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan) untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini.  Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan dan Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.  Kajian ini bermula 8 Oktober 2019 (Selasa) sehingga 8 November 2019 (Jumaat).  Tuan/ Puan hendaklah membuat hebahan melalui medium yang bersesuaian seperti portal, telefon dan emel kepada pelanggan masing-masing.

2.   Sehubungan itu, pihak BPOPP akan sentiasa memantau bilangan responden dan peratusan responden yang menjawab dari masa ke masa. Kerjasama dan tindakan awal tuan/ puan untuk perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.