rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan : ANM.PG.500-6/ Jld. 2 (23)
Tarikh     : 12.06.2025

TASK FORCE PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BERKAITAN DATA INDUK PEMBEKAL (EMP) DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN/ HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) iGFMAS

Untuk makluman, pihak bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (BPTM, JANM) akan melaksanakan penambahbaikan sistem di mana maklumat Data Induk kategori Pembekal Penjawat Awam (EMP) di modul Arahan Pembayaran (AP) adalah sama seperti di HCM.

2. Sehubungan itu, mohon tindakan dan Kerjasama Pusat Pembayar terlibat membuat semakan dan mengemukakan maklumbalas tindakan yang telah diambil kepada PIC gaji masing-masing selewat-lewatnya 23 Jun 2025 (Isnin) jam 4.00 petang (Sila rujuk Surat Arahan yang dilampirkan).                  

3.  Bersama-sama ini disertakan Surat Arahan dan Lampiran-lampiran berikut untuk rujukan dan tindakan:

Lampiran A - Data Pembekal  (sila rujuk PIC gaji masing-masing)

Lampiran B - Senarai Bank dan SWIFT Kod untuk bayaran gaji

Lampiran C - Penerangan Ciri-Ciri Nombor Akaun Bank bagi Akaun Islamik dan Konvensional

Lampiran D - Contoh tindakan pembetulan

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
12 Jun 2025

1) SURAT TASK FORCE PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BERKAITAN DATA INDUK PEMBEKAL (EMP) DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN/ HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) iGFMASSURAT TASK FORCE PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BERKAITAN DATA INDUK PEMBEKAL (EMP) DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN/ HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) iGFMAS