Seksyen Pengurusan telah menganjurkan Perhimpunan JANM Pulau Pinang pada 18 Oktober 2019. Perhimpunan ini diadakan bagi tujuan menyampaikan amanat daripada Pengarah kepada warga kerja JANM P.Pinang serta menjadi satu platform untuk pihak pengurusan berinteraksi secara terus dengan semua warga kerja JANM P.Pinang.
Beberapa aktiviti turut diadakan sepanjang program ini, diantaranya ialah sambutan hari lahir warga kerja JANM, pertandingan rekacipta poster dan penyampaian hadiah kepada kumpulan KIK JANM P.Pinang. Perhimpunan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.30 petang.