Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan dan Latihan telah menganjurkan Taklimat Take Charge dan Pengurusan Emosi pada 12 Februari 2020 di Bilik Latihan JANM Pulau Pinang.
Kursus ini disertai oleh 40 orang pegawai dari JANM Pulau Pinang. Penceramah sepanjang kursus ini merupakan Pegawai Psikologi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.