rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Mesyuarat EKSA Bil 2/20 mencadangkan Jawatankuasa Promosi untuk menganjurkan PERTANDINGAN REKA CIPTA TEMPAT SIMPANAN PAYUNG sebagai salah satu aktiviti tahunan EKSA.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tarikh akhir menghantar penyertaan telah ditangguhkan sehingga/pada 23/12/2020. Hasil perbincangan bersama, Jawatankuasa Induk telah bersetuju untuk mengadakan sesi penilaian dan pemarkahan pada 12/01/2021. Dua orang juri telah dipilih bagi mengadili pertandingan tersebut. Puan Nor Azlina Binti Junid selaku juri jabatan manakala Encik Mohd Rizwan Bin Rozi daripada PSUK Pulau Pinang selaku juri jemputan.