rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan Kami : ANM PG. 600-2/7/1 Jld 3 (04)
Tarikh              : 12 Oktober 2026

SEMUA PTJ NEGERI PULAU PINANG

Tuan/Puan,


PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2026 (LEJAR AKRUAN)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan dikehendaki mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Penutupan Akaun Interim Tahun Kewangan 2026 berdasarkan Lejar Akruan. Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Pulau Pinang hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

       a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun berikut mengikut panduan yang disertakan bersama surat ini; dan,

       b) Memastikan pengesahan baki yang lengkap dan teratur dikemukakan dalam empat (4) salinan asal yang ditandatangani asal (tandatangan hidup) kepada JANM Negeri Pulau Pinang selewat-lewatnya pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), jam 4.00 petang.

3.     Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan, iaitu berdasarkan PTJ MEMBAYAR serta disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan panduan untuk rujukan dan tindakan tuan/puan:

       a) Surat dan Panduan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Penutupan Akaun Interim Tahun Kewangan 2026 berdasarkan Lejar Akruan; 
       
       b) Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan Pejabat Perakaunan; dan

       
       c) Lampiran KKS Interim Lejer Akruan.

4.     Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang telah ditetapkan amatlah dihargai.

Terima kasih.

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
13/10/2026

[LAMPIRAN]