Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tuan/Puan,
SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 12 TAHUN 2026 - KETIDAKPATUHAN PENGENDALIAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK (REFUND) BAGI KES “NO SHOW PASSENGER” OLEH PEGAWAI, PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI, PTJ DAN SYARIKAT PENERBANGAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. BahagianPengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPA) telah mengeluarkan Surat Edaran BPOPP Bilangan 12 Tahun 2026 - Ketidakpatuhan Pengendalian Tuntutan Bayaran Balik (Refund) Bagi Kes “No Show Passenger” Oleh Pegawai, Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Tanggungjawab Pegawai, PTJ dan Syarikat Penerbangan bertarikh 7 Ogos 2026 bagi memperkemas dan memudahkan rujukan terma terkini bagi pembatalan dan refund Waran Perjalanan Udara (WPUA) oleh Agensi Penerbangan.
3. Selaras dengan Akta Wang Tak Dituntut yang berkuatkuasa, kes tuntutan bayaran balik (refund) tiket penerbangan bagi “No Show Passengers” yang tidak diuruskan dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan amaun bayaran balik termasuk Passenger Service Charge (PSC) diserahkan kepada Wang Tak Dituntut (WTD) selaras dengan Akta Wang Tak Dituntut yang berkuat kuasa. Justeru PTJ perlu mematuhi Pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa bagi memastikan tuntutan bayaran balik bagi kes “No Show Passenger" dibuat dengan kadar segera kepada syarikat penerbangan.
4. Dengan berkuatkuasanya surat edaran ini, Surat Edaran BPOPP Bilangan 14 Tahun 2022 – Terma Pembatalan Dan Refund Waran Perjalanan Udara (WPUA) oleh Agensi Penerbangan bertarikh 23 November 2022 dan Surat Edaran BPOPP Bilangan 10 Tahun 2023 – Ketidakpatuhan Pengendalian Tuntutan Bayaran Balik (Refund) Bagi Kes “No Show Passenger” Oleh Pegawai, Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Tanggungjawab Pegawai, PTJ dan Syarikat Penerbangan bertarikh 28 November 2023 adalah dibatalkan.
5. Bersama-sama ini disertakan Surat Edaran dan Lampiran berkenaan untuk rujukan.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Unit Pengurusan Dana,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang.
12 Ogos 2026 (Rabu)
[LAMPIRAN]



