Ruj. Kami : ANM PG 800-9 Jld. 5 (1)
Tarikh : 30 April 2026
SEMUA PTJ/PEJABAT PEMUNGUT NEGERI PULAU PINANG
YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan
PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Unit Akaun Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah menguatkuasakan penghantaran Sijil Pengesahan Baki bagi semua kod mulai pengesahan baki bulan April 2026, dikemukakan secara salinan lembut (softcopy) melalui Google Form. Panduan dan tatacara penghantaran Sijil Pengesahan Baki adalah seperti di Lampiran A.
3. Oleh itu, setiap Sijil Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan mengikut Garis Panduan Penyelenggaraan dan Semakan Laporan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) terkini. PTJ/Pejabat Pemungut hendaklah menyemak dan mengesahkan bahawa maklumat dalam pelaporan adalah tepat dan betul. Sijil Pengesahan Baki perlu dikemukan selewat-lewatnya pada 14 haribulan bulan berikutnya. Surat Peringatan akan dikeluarkan sekiranya arahan ini tidak dipatuhi.
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai bagi memastikan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan disediakan dengan teratur dan tepat. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Akaun.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
SURAT PENGAHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI
LAMPIRAN A-TATACARA MEMUATNAIK SIJIL PENGESAHAN BAKI MELALUI GOOGLE FORM



