rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

 

Rujukan Kami: ANM PG.500/6/JLD.2 (29)
Tarikh: 12 MAC 2026

Kepada: Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.8 (20) bertarikh 5 Mac 2026 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2025 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026 berkaitan perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan permohonan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105 bagi tarikh pembayaran emolumen bulan Mac dan April tahun 2026 seperti di lampiran.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak Tuan/Puan dimohon untuk mengambil tindakan selanjutnya dan memastikan pembayaran emolumen bulan Mac dan April tahun 2026 berjalan dengan lancar.

    Disediakan oleh:
    UNIT GAJI
    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
    NEGERI PULAU PINANG