Rujukan : ANM.PG.500-6/ Jld. 2 (28)
Tarikh : 12.03.2026
PEWUJUDAN KOD ELAUN BARU BAGI PEMBAYARAN TUNGGAKAN BAYARAN INSENTIF PRESTASI (BIPS) (TAHUN LALU) DI DALAM SISTEM iGFMAS-HCM.
Dengan hormatnya Berdasarkan maklum balas dan penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan tempoh pembayaran BIPs, terdapat keperluan untuk mewujudkan wagetype baharu bagi pembayaran tunggakan Bayaran Insentif Prestasi (BIPs) (Tahun Lalu).
2. Sehubungan itu, bagi mengambil kira keperluan pembayaran tunggakan Bayaran Insentif Prestasi (BIPs) (Tahun Lalu) di dalam Sistem iGFMAS-HCM,
Kod ELAUN T.BI Prestasi (BIPs) (TL) (2530) telah diwujudkan dan sedia digunakan mulai bulan prosesan gaji APRIL 2026.
3. Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran A- paparan ZRPY054- Wage type untuk rujukan PTJ.
Sekian, terima kasih.
Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
12.03.2026



