rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan Kami : ANM PG. 600-2/7/1 Jld 1 (42)
Tarikh              : 15 Oktober 2025

SEMUA PTJ NEGERI PULAU PINANG

Tuan/Puan,

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2025 (30 SEPTEMBER 2025) - LEJAR AKRUAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Penutupan Akaun Interim Tahun Kewangan 2025 (30 September 2025) berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, kesemua PTJ di Pulau Pinang hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

  • Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun berikut mengikut panduan yang disertakan bersama surat ini; dan
  • Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam Empat (4) salinan asal (Tandatangan Hidup) kepada JANM Negeri Pulau Pinang selewat-lewatnya pada 23 Oktober 2025 (Khamis), 4.00 petang.

3.      Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ MEMBAYAR dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan. Format Pengesahan Baki boleh didapati di menu Muat Turun portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang https://penang.anm.gov.my/. Sehubungan itu, dilampirkan panduan untuk rujukan tuan/puan:

  • Panduan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar Bagi Tujuan Kertas Kerja Sokongan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Penutupan Akaun Interim Tahun Kewangan 2025 (30 September 2025) berdasarkan Lejar Akruan; dan
  • Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan Pejabat Perakaunan.

4.   Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amat dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2025 (30 September 2025) berdasarkan Lejar Akruan adalah lengkap dan teratur.

Sekian, terima kasih.

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG

1. SURAT PANDUAN PENYEDIAAN KKS TAHUN 2025 (AKRUAN) INTERIM
2. TATACARA JANA LAPORAN
3. LAMPIRAN