Ruj. Kami : ANM PG. 650 JLD.4 ( 35 )
Tarikh : 15 Oktober 2025
Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PAT 1/2025: SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 10 TAHUN 2025 - PERSEDIAAN OPERASI PENUTUPAN AKHIR 2025
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat transaksi-transaksi Pesanan Kerajaan yang melangkau tahun dari tahun 2024 belum diselesaikan pembayaran dan juga transaksi Arahan Pembayaran bertarikh seawal Januari 2025 yang belum disempurnakan pembayaran sehingga kini. Dikhuatiri transaksi tersebut telah tidak lagi valid dan menyumbang kepada amaun komitmen Kerajaan yang masih belum diselesaikan terlebih nyata.
3. Oleh itu, semua PTJ diminta memastikan transaksi Pesanan Kerajaan dan Arahan Pembayaran disempurnakan sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
UNIT DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG



