rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj.Kami : ANM PG. 650 JLD.5 (28)
Tarikh : 30 Jun 2025

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

PELANTIKAN POS MALAYSIA BERHAD SEBAGAI AGENSI PUKAL BAGI KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat JANM.600-15/4/6 (21) bertarikh 24 Jun 2025 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan, Pos Malaysia Berhad (POS) telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (kod agensi:
2000000041) pada 12 Januari 2024 bagi perkhidmatan penghantaran (kurier) dokumen dan barang- barang domestik dan luar negara secara pos laju kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan.

3. Sehubungan dengan itu Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mengambil tindakan seperti berikut:

3.1 Menyelesaikan semua tunggakan bil/invois terlebih dahulu sebelum mewujudkan akaun pukal (hanya akaun yang tidak mempunyai tunggakan sahaja dibenarkan untuk dibayar melalui Kemudahan Bayaran Pukal); dan

3.2 Mewujudkan Akaun Pukal dengan mengunci masuk borang Kew.310e kepada agensi melalui Portal iGFMAS bermula 1 Julai 2025.

3.3 Mengemaskini status Akaun Pukal POS Malaysia (LAMPIRAN A) dan maklumat Nombor Akaun Pos yang tidak tersenarai serta baru diwujudkan (LAMPIRAN B) di pautan
berikut:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1gUQ56fR88VLtc-Bd3hGpXWWnztFp3Q5t/edit?usp=sharing&ouid=107090186186792422030&rtpof=true&sd=true

4.       Penetapan tarikh permulaan bagi pembayaran melalui kemudahan bayaran pukal adalah pada bulan Ogos 2025 bagi bil bulan Julai 2025.

Sekian, terima kasih.

UNIT DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
9 JULAI 2025

1) Surat Pelantikan Pos Malaysia Berhad Sebagai Agensi Pukal Bagi Kemudahan Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia