Ruj.Kami : ANMPG.500-9/2JLD.10 ( 43)
Tarikh : 4 JULAI 2025
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,
PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PERMOHONAN BAHARU DAN PENGGANTIAN SIJIL DIGITAL TOKEN OLEH PENGGUNA SISTEM iGFMAS DAN ePEROLEHAN DI DALAM SISTEM MyGPKI
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan Sijil Digital Roaming + One-Time Password (OTP) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi tujuan akses ke Sistem ICT Kerajaan bagi menggantikan penggunaan Sijil Digital Token.
3. Sehubungan itu, bermula 23 Jun 2025 (Isnin), pengguna tidak dibenarkan membuat permohonan baharu sijil digital token atau membuat permohonan penggantian token sekiranya hilang, rosak atau tidak diterima di dalam Sistem MyGPKI. Pengguna hanya boleh membuat permohonan baharu Sijil Digital Roaming untuk digunakan bersama OTP bagi mengakses Sistem iGFMAS dan ePerolehan. Oleh yang demikian, Authorised Personnel (AP) bagi Sistem iGFMAS dan Sistem ePerolehan di Jabatan Ybhg. Dato’/ Tuan/ Puan dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua pengguna MyGPKI di bawah seliaan masing- masing.
Sekian, terima kasih.
UNIT TEKNIKAL
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
9 JULAI 2025