Ruj. Kami : ANM PG. 800 9 Jld 4 (35)
Tarikh : 24 Jun 2025
Semua Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan
SENARAI SEMAK BAGI SIJIL PENGESAHAN BAKI AKAUN VOT, HASIL, DEPOSIT DAN AMANAH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Perkeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 4 Tahun 2021, Bil 1 Tahun 2023, Bil 5 Tahun 2023 dan Bil 3 Tahun 2025 bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Jabatan/PTJ dalam melaksanakan pengurusan penerimaan dan bayaran melibatkan Vot, Hasil, Deposit dan Amanah bagi memastikan semua transaksi diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan penyediaan laporan , Unit Akaun Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pulau Pinang telah menyediakan senarai Semak bagi penyediaan Sijil Pengesahan Baki untuk akaun Amanah, Deposit, Vot dan Hasil untuk dikemukakan kepada JANM Negeri Pulau Pinang. (Sila rujuk Lampiran)
4. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menyemak ke atas laporan kewangan dan perakaunan serta memastikan laporan kewangan dan perakaunan dihantar ke JANM selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Akaun, JANM Pulau Pinang untuk khidmat nasihat.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
(MARYANA BINTI ISMAIL C.A (M) )
b.p Pengarah Negeri
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
1) Surat Edaran Senarai Semak Bagi Sijil Pengesahan Baki Akaun Vot, Hasil dan Amanah
2) Senarai Semak Bagi Sijil Pengesahan Baki Akaun Vot, Hasil, Deposit dan Amanah