rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan: JANM.600-15/4/6 (21)
Tarikh:     24 Jun 2025

PELANTIKAN POS MALAYSIA BERHAD SEBAGAI AGENSI PUKAL BAGI KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Pos Malaysia Berhad (POS) telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (kod agensi: 2000000041) pada 12 Januari 2024 bagi perkhidmatan penghantaran (kurier) dokumen dan barang-barang domestik dan luar negara secara pos laju kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan.

3.       Perjanjian Kemudahan Bayaran Pukal JANM antara Kerajaan Malaysia dan POS telah dimuktamadkan dan berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026.

4.       Penetapan tarikh permulaan bagi pembayaran melalui kemudahan bayaran pukal adalah pada bulan Ogos 2025 bagi bil bulan Julai 2025. Kerjasama tuan/puan bagi memastikan perkara ini berjalan lancar amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Unit Dana
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
26 Jun 2025

1) Surat Edaran Pelantikan Pos Malaysia Berhad Sebagai Agensi Pukal Bagi Kemudahah Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia