Ruj.Kami : ANM PG.500/6 JLD.2 (21)
Tarikh : 10 Jun 2025
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,
PENGWUJUDAN KOD ELAUN BARU – PEMBERIAN INSENTIF BERASASKAN PRESTASI (BIPS) BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
Dengan hormatnya Surat Edaran Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia nombor rujukan JPA(S).600-1/3/44 (2) bertarikh 9 Januari 2025 dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MYPPSM) Ceraian UP.5.1.2 adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, bagi mengambil kira keperluan pembayaran Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan di dalam Sistem iGFMAS-HCM, Kod ELAUN BARU Byrn Ins Prestasi (BIPs) (1530) dan T.BI Prestasi (BIPs) (TS) (3530) bagi Tunggakan (Tahun Semasa) telah dikemaskini. Sehubungan dengan itu, bayaran BIPs dicajkan ke kod akaun B0115115 (BIPs) dan B0115215 (Tunggakan BIPs) mengikut kategori.
3. Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Versi 1.0 (2024) – Panduan Pelaksanaan Pemberian Bentuk Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam beserta Lampiran A – Paparan ZRPY054 – Wage type untuk rujukan PTJ.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
10 Jun 2025