Ruj.Kami : ANM PG.500/6 JLD.2 (22)
Tarikh : 10 Jun 2025
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,
MAKLUMAN PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU BAGI PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (ZRPY071)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (BPTMJANM) telah membangunkan satu program baharu bagi Pergerakan Gaji Tahunan (ZRPY071) bagi menggantikan program lama ZRPY070. Pembangunan program baharu ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024, Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuatkuasa 1 Disember 2024.
3. Bersama-sama ini dilampirkan manual pengguna Pergerakan Gaji Tahunan (ZRPY071) untuk makluman PTJ.
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG
10 Jun 2025
i) MAKLUMAN PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU BAGI PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (ZRPY071)