Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datin/Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN PERUBAHAN HARGA TIKET PENERBANGAN DAN LALUAN PERJALANAN BAHARU BAGI WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) MALAYSIA AIRLINES BERHAD DAN FIREFLY BAGI PENERBANGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA TAHUN 2025
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan : GS/MY-002/FEB2025 bertarikh 19 Februari 2025 dan surat Jabatan ini rujukan : JANM.600-20/2/5 JLD. 2 (33) bertarikh 17 Disember 2024 mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa MAG telah mengemukakan senarai harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) yang terkini bagi Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Firefly serta penambahan laluan perjalanan baharu bagi penerbangan Firefly. Harga baharu WPUA yang dikemas kini adalah berkuat kuasa serta merta.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan senarai harga WPUA Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Firefly yang terkini untuk rujukan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya. Kerjasama YBhg. Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan masing-masing berkenaan kemas kini harga WPUA tersebut.
Sekian, terima kasih.
2) Senarai Harga Tiket Penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)