rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/ Tuan/ Puan,

SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN : KELULUSAN KHAS MEMBENARKAN BAYARAN AP58(a) BAGI PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2024

Dengan hormatnya merujuk kepada surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.NBO(S)600-9/1/297 Jld.2 (47) bertarikh 24 Disember 2024. Kementerian Kewangan bersetuju membenarkan Kementerian membuat bayaran bagi gaji Mystep, elaun lebih masa, dan tuntutan perjalanan bulan Disember 2024 menggunakan kelulusan di bawah AP58(a) tanpa perlu menunggu Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dimuktamadkan. Kelulusan AP58(a) bagi bayaran tersebut boleh diteruskan dengan kelulusan Pejabat Perakaunan berdasarkan baki akhir Buku Vot dalam vot seliaan masing-masing sekiranya baki adalah mencukupi bagi aktiviti berkenaan. Sekiranya peruntukan di bawah aktiviti tersebut tidak mencukupi, PTJ perlu memohon kelulusan AP58(a) kepada MOF melalui BRO Kementerian masing-masing.

2.       Kelulusan khas ini juga adalah ditegaskan hanya tertakluk kepada tiga (3) perkara sahaja iaitu bayaran gaji MyStep, elaun lebih masa dan tuntutan perjalanan bulan Disember 2024.

3.         Berdasarkan kepada SPANM Bilangan 5 Tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Bayaran, bayaran gaji Mystep, elaun lebih masa dan tuntutan perjalanan bulan Disember 2024 yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan pada bulan Disember 2024 adalah tertakluk kepada kelulusan AP58(a). Manakala sekiranya kelulusan Ketua Jabatan pada bulan Januari 2025 berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan di dalam SPANM Tarikh Pembayaran Gaji/ Arahan Perbendaharaan/ SPANM (mana yang berkenaan) ianya adalah merujuk kepada Lampiran C4, SPANM Bilangan 5 Tahun 2023 - Senario Simulasi berdasarkan FAQ SPANM berkuatkuasa berkenaan dengan pembayaran yang tertakluk di bawah AP58(a) seperti berikut;

(i) Tuntutan Perjalanan (TNT)

     a) TNT Disember 2024 = Kelulusan Ketua Jabatan dan penghantaran sebelum 15 Januari 2025 boleh dibayar pada Januari tanpa AP58(a).

    b) TNT Disember 2024 = Kelulusan Ketua Jabatan dan penghantaran selepas 15 Januari hingga 31 Januari 2025, perlu mendapat pengecualian AP100(a).

    c) TNT Disember 2024 = Kelulusan Ketua Jabatan dan penghantaran selepas Januari 2025, perlu mendapat pengecualian AP 100(a) dan kelulusan AP58(a).

(ii) Bayaran Gaji MyStep

     a) Tempoh Perkhidmatan (Disember) 2024.

     b) Kelulusan Ketua Jabatan/ Pegawai Diberi Kuasa pada dalam tempoh selewat-lewatnya hari ke-7 bekerja bulan Januari 2025.

     c) Bayaran Gaji/Upah Pekerja MyStep disempurnakan selewat-lewatnya hari ke-7 bekerja bulan Januari 2025 selaras dengan SPANM berkuatkuasa.

(iii) Elaun Lebih Masa (ELM)

      a) ELM Disember 2024 merujuk Senario Simulasi berdasarkan FAQ SPANM 5/2023 Lampiran C4 para 7.3

Prinsip: Tarikh Kelulusan Ketua Jabatan/ Pegawai Diberi Kuasa pada 2025

(ii) semua pembayaran AP58(a) selain daripada item perbelanjaan di bawah perenggan 3(i), Kementerian boleh menggunakan maklumat baki akhir dalam vot seliaan masing-masing untuk mendapatkan kelulusan AP58(a) berdasarkan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 yang dimuktamadkan tertakluk kepada tatacara kewangan semasa hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 30 April 2025.

4.     Justeru, Kementerian Kewangan berharap dengan kelulusan khas ini Kementerian/Jabatan/Agensi dapat menyelesaikan pembayaran dengan kadar segera dan memastikan pembayaran yang dibuat teratur serta mematuhi tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih.

Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
13 Januari 2025

1) Surat MOF kepada Pegawai Pengawal - Kelulusan AP58a Tahun 2024

2) Senarai Semak dan Lampiran AP58(a)