Ruj. Kami : ANM PG. 800 7/2 Jld 4 ( )
Tarikh : 03 Januari 2025
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan
SURAT EDARAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG
JADUAL REKUPMEN PANJAR WANG RUNCIT (PWR) DAN PANJAR KHAS TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Bersama-sama ini disertakan Jadual Rekupmen Panjar Wang Runcit (PWR) serta Panjar Khas Tahun 2025 untuk rujukan pihak Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan.
3. Untuk makluman Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, akaun penyelesaian Panjar A2911101 perlu dikosongkan setiap hujung bulan. Oleh yang demikian, dimohon jadual ini dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya masalah pada Akaun Panjar Jabatan Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan khususnya semasa penutupan akaun bulanan dan akhir tahun.
4. Sila maklum bahawa tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Sila layari laman sesawang JANM Pulau Pinang bagi mendapatkan informasi atau arahan terkini dari semasa ke semasa.
5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zurina Binti Saleh atau Puan Norazlina Binti Othman di talian 04-2555548 / 04-2555498. Kerjasama dan perhatian pihak Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"
Saya yang menjalankan amanah,
(AZNI BINTI ABD HAMID ACMA, CGMA, C.A.(M))
b.p Pengarah Negeri
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
1) Surat dan Jadual Rekupmen Panjar Wang Runcit Dan Panjar Khas Tahun 2025