rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami      : ANM PG.800-4/1 JLD 8(42)
Tarikh            : 06 Januari 2025

Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang

Ybhg. Dato’/ Tuan/ Puan,

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) KE AKAUN TERIMAAN PEJABAT PERAKAUNAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat ANM PG.800-4/1 JLD 8(42) bertarikh 1 November 2023 adalah berkaitan.

2.         Adalah dimaklumkan, semakan jabatan ini mendapati bahawa terdapat ketidakpatuhan yang masih berlaku bagi Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) seperti berikut:

  1. Pejabat Pemungut (PTJ) mendedahkan maklumat akaun bank terimaan JANM Negeri Pulau Pinang kepada pembayar tanpa mendapatkan kelulusan jabatan ini terlebih dahulu menyebabkan terimaan tidak dapat dikenalpasti oleh PTJ dan Pejabat Perakaunan.
  2. Terimaan EFT lewat diperakaunkan oleh Pejabat Pemungut melebihi tempoh tiga (3) hari dari tarikh notifikasi transaksi terimaan EFT.
  3. Nombor Rujukan ID Korporat tidak dipatuhi oleh pihak pembayar.

           NO.PTJ / Maklumat Pembayaran 
           Contoh No. Rujukan : 27021501/770101075077 Bayaran balik gaji
           NO PTJ : 270121501   dan 770101075077 No. Kad Pengenalan bagi bayaran balik gaji

4.         Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penguruan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan seperti di LAMPIRAN 1. Mulai 6 Januari 2024, surat tujuk sebab akan dikeluarkan oleh Jabatan ini sekiranya pihak Ybhg. Dato’/Tuan/Puan tidak mematuhi garis panduan ini.

5.         Kerjasama daripada pihak Ybhg. Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 "MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”

Saya yang menjalankan amanah,

MAZIAH BT MUSA C.A.(M)
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

1) Surat Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) Ke Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan
2) Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) Ke Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan JANMPP
3) Lampiran 2 - Borang kelulusan EFT PTJ