faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Rujukan Kami : ANM PG. 600-2/7/1 (04)
Tarikh              : 18 Oktober 2024

SEMUA PTJ NEGERI PULAU PINANG


Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan (Interim) Tahun Kewangan 2024 (30 September 2024) berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, kesemua PTJ di Pulau Pinang hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:

           (a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun berikut mengikut panduan yang disertakan bersama surat ini;

         (b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam tiga (3) salinan asal (Tandatangan Hidup) kepada JANM Negeri Pulau Pinang selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2024 (Jumaat).

3.       Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ DIPERTANGGUNG dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai kanan di pejabat tuan/puan. Format Pengesahan Baki ini boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang https://penang.anm.gov.my/  di menu Muat Turun. Dilampirkan bersama panduan berikut untuk rujukan tuan/puan:

        3.1 Panduan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar Bagi Tujuan Kertas Kerja Sokongan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan (Interim) Tahun Kewangan 2024 (30 September 2024) berdasarkan Lejar Akruan;

         3.2 Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan Pejabat Perakaunan

4.       Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan (Interim) Tahun Kewangan 2024 (30 September 2024) berdasarkan Lejar Akruan adalah lengkap dan teratur.   

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”

 

Saya yang menjalankan amanah,

(MAZIAH BINTI MUSA  C.A.(M))

Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

 1) Surat Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan (INTERIM) Tahun Kewangan 2024 (30 September 2024) - Lejar Akruan

2) Panduan dan Tatacara Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar Bagi Tujuan Kertas Kerja Sokongan