faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj. Jabatan Ini  : ANM PG 500/1/Jld.13 (20)
Tarikh                        : 16.10.2024
                                          13 Rabiulakhir 1445

 SEMUA PTJ NEGERI PULAU PINANG

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan,

TAKLIMAT GARIS MASA (TIMELINE) AKTIVITI DAN TATACARA PEMBAYARAN PELARASAN GAJI UNTUK PELAKSANAAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN MELALUI SISTEM iGFMAS HCM KEPADA PUSAT TANGGUNGJAWAB PULAU PINANG.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Pulau Pinang akan mengadakan Taklimat Garis Masa (TIMELINE) Aktiviti dan Tatacara Pembayaran Pelarasan Gaji Untuk Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Melalui Sistem iGFMAS HCM kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pulau Pinang. Oleh itu, taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                                Hari      : Jumaat
                                               Tarikh   : 18 Oktober 2024
                                                Masa    : 3.00 hingga 5.00 petang
                                               Tempat : Secara Online

3.         Bersama-sama ini disertakan bahan taklimat berkenaan untuk  makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan selanjutnya. Taklimat ini boleh diikuti melalui  pautan (link) berikut:

                     Link taklimat pelaksanaan SSPA. - https://meet.google.com/aws-ngsz-smd

4.         Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi melancarkan sesi taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

 Saya yang menjalankan amanah,

MAZIAH BINTI MUSA (C.A.(M))

Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

1) Surat Panggilan Taklimat SSPA Online

2) Taklimat Garis Masa SSPA