faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj. Kami   :  ANM PG 500-9/2 JLD. 2 (1)
Tarikh         : 27 Ogos 2024

                                                                                                  

SEMUA PTJ NEGERI PULAU PINANG

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PERALIHAN PENGURUSAN CAPAIAN PORTAL iGFMAS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM) akan melaksanakan peralihan pengurusan capaian di Portal iGFMAS daripada manual kepada secara atas talian (online) mulai 9 September 2024.   

3.         Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, bengkel peralihan pengurusan capaian Portal iGFMAS secara atas talian (online) telah diadakan secara berperingkat mulai 5 Ogos 2024 sehingga 23 September 2024. Oleh itu pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh merujuk panduan permohonan pengurusan capaian secara atas talian (online) di pautan berikut:

4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh hubungi melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian berikut:

  • Shah Rizainie bin Mohamed                           04-2555 478
  • Mohamad Syafiq Ihsan bin Yahaya                04-2555 532

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MAZIAH BINTI MUSA C.A.(M))

Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

1) Surat Peralihan Pengurusan Capaian Portal iGFMAS Secara Atas Talian (ONLINE)

2) Hebahan Peralihan Pengurusan Capaian Portal iGFMAS Secara Atas Talian (ONLINE)