faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM PG.500-8/3 JLD 3 (6)
Tarikh : 31 Julai 2024

SEMUA PTJ NEGERI PULAU PINANG

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


BENGKEL PENGURUSAN CAPAIAN PORTAL iGFMAS SECARA ONLINE DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Capaian Portal IGFMAS Secara Online yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh : Seperti senarai di pautan pencalonan peserta
          Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
          Tempat : Bilik Latihan JANMPP
          Tingkat 40, KOMTAR

3. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan penambahbaikan pengurusan capaian peranan di portal iGFMAS secara online iaitu sebelum go-live dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2024.

4. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, bengkel ini akan dilaksanakan sebanyak 15 sesi mengikut tarikh seperti yang telah dinyatakan. Setiap sesi melibatkan sebanyak 11 PTJ yang berbeza mengikut kepada tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan kepada pautan dibawah. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama PTJ untuk mencalonkan dua (2) orang pegawai yang menguruskan permohonan capaian portal iGFMAS untuk hadir ke sesi bengkel ini dengan memberi pengesahan kehadiran di pautan berikut:

          a. Pencalonan Peserta - https://tinyurl.com/Pengesahan-Pencalonan/
          b. Pengesahan Kehadiran – Lampiran A

5. Bersama-sama ini disertakan agenda bengkel seperti di Lampiran B. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh hubungi melalui emel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau di talian berikut:

         i. En. Shah Rizainie bin Mohamed                           04-2555 478
         ii. En. Mohamad Syafiq Ihsan bin Yahaya                04-2555 532

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”

Saya yang menjalankan amanah,


(AZNI BINTI ABD HAMID C.A.(M), ACMA, CGMA)
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang

i) Surat Bengkel Pengurusan Capaian Portal iGFMAS Secara Online