rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

EDARAN LCA BIL. 1/2024

PENAMBAHBAIKAN MODUL TERIMAAN (AR) - JENIS RESIT TERIMAAN TERDAHULU PORTAL IGFMAS

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) di bawah Modul Terimaan (Modul AR) telah membuat penambahbaikan bagi jenis resit terimaan terdahulu di portal iGFMAS dan perincian lanjut adalah seperti berikut:

  • Tambahan Jenis Resit Terimaan Terdahulu di paparan skrin semasa proses daftar Resit di portal Modul AR dan;
  • Perubahan paparan skrin proses daftar resit terimaan terdahulu AKB di Portal iGFMAS dengan menambah kotak “AKB" dan bulan perakaunan "13"

3.   Sehubungan itu, hebahan ini adalah berkenaan kesediaan program di Modul AR yang berkuatkuasa mulai  6 April 2024. Bersama-sama ini dikemukakan perincian mengenai penambahbaikan dan Manual Pengguna Modul AR-005 Resit v4.0 yang telah dikemaskini bagi perkara ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini tuan/puan diminta untuk kemukakan melalui email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

JANM Negeri Pulau Pinang

1) Manual Pengguna Modul AR-005 Resit v4.0