rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan Kami: ANM PG 100-1/5 JLD 4 (28)
Tarikh : 20 Mac 2024

SEMUA PT J NEGERI PULAU PINANG

Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERAKAUNAN DI BAWAH KETUA PERKHIDMATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA DI NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2024

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang sedang di dalam proses pengemaskinian maklumat pegawai perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan Akauntan Negara Malaysia di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024.

3.     Sehubungan itu, tuan/puan adalah dimohon untuk mengemaskini maklumat tuan/puan di pautan seperti di bawah selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Mac 2024.

 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfdcfrnYySvisq9AfJizAPtw2sLRzGTrwQui-sX2HxTPuA7A/viewform?usp=sharing

4.     Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai seperti berikut;

  •         Manmeet Kaur Gill A/P Konan Singh Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (04-2555490);
  •         Lailaton Khalidah Binti Mohamad Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (04-2555492); dan
  •         Amirul Mu'minin Bin Mohammad Yahya Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (04-2555497).

5.     Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

 Saya yang menjalankan amanah,

(MAZIAH BINTI MUSA C.A.(M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang