faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj.Kami : ANM PG.500/6 JLD.2 (15)
Tarikh : 21 Februari 2024

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/Puan, pegawai boleh memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan bagi tahun 2023(EC Form) melalui Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan(eSPGL).

3. Walaubagaimanapun, setiap majikan (PTJ) masih perlu untuk menghantar Borang E kepada LHDN. Borang E hendaklah dihantar secara e-Filing dan penghantaran mula dibuka di website LHDN bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024.  Mohon pastikan PTJ di bawah selian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs.Dr/ Tuan/ Puan untuk menghantar Borang E ini bagi mengelakkan penalti.

4. PTJ adalah diingatkan semasa pengisian borang E secara e-Filing sila isi ruangan cara pengemukaan CP8D  pilih “Melalui Data Praisi”.  

Contoh adalah seperti dibawah :

IMEJ C.P.8D

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG