faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2024 (66)
Tarikh : 11 Februari 2024

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/ Tuan/ Puan,

SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN : KELULUSAN KHAS MEMBENARKAN BAYARAN AP58(a) BAGI PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2023

Dengan hormatnya merujuk kepada surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.NBO(S)600-8/2/9 Jld.2 (15) bertarikh 9 Februari 2024 berhubung dengan perkara di atas.

2.     Sebagaimana yang telah dimaklumkan, tarikh akhir bayaran Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 adalah pada 15 Disember 2023 dan semua pembayaran yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut akan dibayar di bawah kelulusan AP58(a).

3.     Berdasarkan peraturan kewangan semasa, Kementerian/Jabatan/Agensi hanya dibenarkan memproses bayaran AP58(a) selepas Akaun Kerajaan Persekutuan tahun berkenaan dimuktamadkan. Sehubungan itu, bagi memudahcara proses bayaran AP58(a) Tahun 2023, Kementerian Kewangan bersetuju untuk:

       (i) membenarkan Kementerian yang masih mempunyai baki peruntukan Tahun 2023 membuat pembayaran AP58(a) tanpa perlu menunggu Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 dimuktamadkan. Kementerian boleh menggunakan maklumat baki akhir dalam vot seliaan masing-masing untuk mendapatkan kelulusan AP58(a); dan

      (ii) semua pembayaran AP58(a) hendaklah selesai sebelum atau pada 30 April 2024 dan sebarang pembayaran selepas tarikh tersebut hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

4.     Justeru, Kementerian Kewangan berharap dengan kelulusan khas ini Kementerian/Jabatan/Agensi dapat menyelesaikan pembayaran dengan kadar segera dan memastikan pembayaran yang dibuat teratur serta mematuhi tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa. (SPANM BIL.5 2023 adalah berkaitan).

Sekian, terima kasih.

Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
16 Februari 2024

1) Surat Kementerian Kewangan : Kelulusan Khas Membenarkan Bayaran AP58(a) Bagi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023