YBhg Datuk/Dato'/ Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 14 Mac 2023, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) di bawah kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak tiga (3) kali untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja. 3. Pelaksanaan ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2023 dan sekiranya penggunaan OTV telah mencapai tiga (3) kali bagi tahun ini untuk ID penerima berkenaan, Pusat Tanggungjawab hendaklah mewujudkan kod vendor yang bersesuaian untuk meneruskan bayaran.
Sehubungan dengan itu, tatacara penyelenggaraan data induk maklumat pembekal (kod vendor) di portal boleh dirujuk melalui pautan berikut:
SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 2 TAHUN 2023 HAD KEKERAPAN OTV DI IGFMAS
LAMPIRAN 2 SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 2 TAHUN 2023 HAD KEKERAPAN OTV DI IGFMAS
Sekian, Terima kasih.
SEKSYEN OPERASI
11 APRIL 2023