Tuan/ puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Berdasarkan kepada permohonan PTJ bagi keperluan menyediakan Arahan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2022 untuk pegawai yang layak di luar sistem payroll yang akan dibayar pada 25 Januari 2022, sistem iGFMAS akan membuka sekatan over budget OS17000 untuk pembayaran melalui Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Tempatan (K2) . Permohonan pembukaan sekatan overbajet adalah selaras dengan surat MOF yang menyatakan bahawa sebarang keperluan peruntukan tambahan akan diseraskan oleh Perbendaharaan pada akhir tahun 2022.
3. Ibu Pejabat JANM akan membuka sekatan overbajet untuk tempoh 19 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 mengambilkira pengalaman keciciran oleh PTJ pada bayaran bantuan khas sebelum ini. Pembukaan sekatan secara piecemeal menyukarkan proses di BPTM dan risiko ke atas kawalan over budget.
4. Sehubungan dengan itu, PTJ hendaklah diingatkan agar pembayaran BKK hendaklah disemak rapi agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi pegawai yang masih tercicir disebabkan kelayakan hanya diluluskan selepas syarat vaksin dipatuhi sepertimana yang dinyatakan oleh surat pekeliling JPA bagi pembayaran BKK ini, pembayaran boleh diaturkan melalui payroll bulan berikutnya dengan memastikan kawalan terhadap bayaran sekali sahaja (One Time Payment).
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM PP