Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
HEBAHAN GARIS PANDUAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2021
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia ingin menghebahkan Garis Panduan kepada Kementerian/Jabatan, Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Perakaunan (AO), Bank, Penerima Bayaran, dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) bagi pembayaran Kerajaan melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer - EFT).
3. Sehubungan itu, Garis panduan ini telah berkuatkuasa pada 11 November 2021 harus difahami dan dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab sebagai usaha untuk memastikan Pengurusan Pembayaran EFT oleh Kerajaan dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan mengelakkan lambakan EFT Terbatal setelah semakan tambahan dilaksanakan kelak.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Pulau Pinang